Pages

Powered By Blogger

24.11.15

TIDUR DAN TERJAGA

Kini aku datang lagi,
Terjaga lagi setelah tidur berkali-kali.
Kali ini amat berat untuk aku tidur semula
karena masih dihimpun bayangan sang penyelamat katanya.

Sampai bila mahu terjaga?
Dalam istilah kehidupan..
Aku pasti tidak boleh tidur semula.
Sudah pasti secawan kopi dan sebatang rokok
Akan menjadi teman setia di sepanjang..
keterjagaanku ini.

Aku mahu tidur dan jaga,
Namun sampai bila?
Tiada istilah apa-apa dosa
untuk aku tidur dan berjaga,
Aku manusia bebas untuk memilih..

Akan terus ku pandang dunia ini
Jika aku terjaga,
Dan akanku ku terus bermimpi indah jika aku tertidur.
itulah bangun dan tidurku sebelum
aku pergi meninggalkan kalian
wahai orang2 tersayang.

25NOV2015

#hepi besday hafiz iz'aan, mohd kamal firdaus dan iman rayyan husayn.








Powered By Blogger