Pages

Powered By Blogger

9.6.09

Pengikut setia suara kedamaian

Di tanah ini, bagaikan hamparan qarbala..
sunyi merah dan beralun
angin berseri-seri menantikan
sekujur manusia di atas jalan menuju-Nya

Di tanah ini, terbit pelbagai cerita
pelbagai emosi untuk dipersaksi..
antara hikmah dan dosa,
antara baik dan keburukannya.

Di tanah ini, saksikanlah wahai anak dunia..
setiap waktu adalah perjuangan
setiap bumi adalah ibadah
setiap hembusan nafaz adalah dipertanggungjawabkan.

Di tanah ini, usahlah mencari sesuatu yg rugi
melimpah akan keburukan pada kebaikan
demi masa sesungguhnya kita yg rugi,
ibarat ais yg cair tanpa dipedulikan.

Di tanah ini, keharuman kasturi dan penglihatan
bercampur antara buta dan nampak
takkan terbiar sendirian di tanah ini
sungguh Dia terus tak mzalimi..

2.6.09

Silent

Bekaz bunga telor kecil memang cantik, memang comel dibungkus net yg menampakkan keceriaan pada pasu bunga. Diletakkan di atas meja komputer, menyerikan lagi meja kaca. Di kiri dan kanan laptop silver berlatar belakangkan skin pemain gitar dengan gambar bayangan hitam, menambahkan lagi minat untuk si penduduk terus menatap tiap2 ilmu yg bermunafaat di ruang tersebut.
Si penduduk menjadi gusar kerna kegoroncongan perut yg kian menjadi-jadi. melihat-lihat menu pada hantaran facebook membolehkan sesiapa yg melihat menjadi kenyang sebentar di alam hayalan. Tersenyum dengan ungkaian kata-kata, tersentak dengan gambar2, dan terbuai dengan ungkapan-ungkapan penenang jiwa.
Batukan kecil si penduduk, di sedut sisa toksin dalam-dalam tanda memikirkan sesuatu untuk pencarian akalnya sendiri.Mana boleh, ini tak boleh, fikiran jadi kusut. ternampakkan teman yang menenangkan sebentar. Terus berpegang dan usah dilepaskan kerna di hujung sana pasti mendapat jawapan.
Hari demi hari.. bekaz bunga pasu telor kecil semakin malap warnanya, berhabukkan tiupan angin, dan bakal digantikan dengan pasu kecil yg lain. Inilah nasib sang penduduk yg hanya berbicara namun tiada pergerakan, layu, tunduk, akur dan ini bukanlah jalan yg terbaik untuk terus bersujud tanda ketakwaan.
Suara-suara gemerlapan dari laptop di atas meja kaca, berhamparkan pasu-pasu bunga telor kecil melayani jiwa yg merungkam. cincin si penduduk menari-nari tanda taipan itu makin laju-makin kuat untuk teus melangkah. terhenti seketika... berpusing-pusing kembali untuk seketika dan terus rancak berlari-lari hingga ke garisn yg terakhir. Langkahkan kakimu si penduduk.

1.6.09

Ekor udang terpanggang Merah

Renungan sampai ke hujung ekor mata, tak nampak lagi.. kabur dan terkecil pd pandangan. Berlari lg ke hadapan, selangkah demi selangkah.. dia makin jaoh makin tk nampak.Dunia.. dunia....
Kaburan keindahan kau persembahkan buat anak bumi. kau lalaikan, kau tusuk dengan keriz tajam tepat dijantung mereka. kau tersenyum bangga pada sahabatmu si 'azazil. Kita hampir berjaya.
Bilamana tiba-tiba, jantung berdegup kencang. mentari tak nampak di timur, hujan tak henti menurun, Dunia dan teman-teman jd gusar. jadi terbeblalak dan jadi kecut! Tolongg tolong... kami diciptakan untuk ujian anak-anak Khalifah, tolong... tolong...

Powered By Blogger