Pages

Powered By Blogger

3.8.09

[WAHAI SUARA]

Lihat di hujung sana
Terlihat antara hembusan dan siulan.
Kau merintih tenang dalam bayangku.antara diriku dan dirimu
Kau agung...

Kisah tercipta bukan dicipta
mengorak mega suatu titik,
pilihan antara Cinta dan Cahaya, menerangi kiasan perasaan,
oh! insan yang menangis lama..

Jangan Kau bersujud
namun ratapilah dirimu,bagaimana emosi dan erosi
selamilah dan galurkanlahh.....

co/

mana dia yang kau cari..
mana dia yg kau mimpi
mana dia bisikannya..
mana dia mana dia....

bertadahlah wahai diri
hunuskanlah cinta ini
lafazkanlah janji patri
mana dia mana dia....

Berlarilah jangan sampai kau undur,
berpeganglah pada tali,
teruskanlah kisah ini,
teruskanlah wahai hati..

kita akan sampai akhir nanti...

-pakoz

9.6.09

Pengikut setia suara kedamaian

Di tanah ini, bagaikan hamparan qarbala..
sunyi merah dan beralun
angin berseri-seri menantikan
sekujur manusia di atas jalan menuju-Nya

Di tanah ini, terbit pelbagai cerita
pelbagai emosi untuk dipersaksi..
antara hikmah dan dosa,
antara baik dan keburukannya.

Di tanah ini, saksikanlah wahai anak dunia..
setiap waktu adalah perjuangan
setiap bumi adalah ibadah
setiap hembusan nafaz adalah dipertanggungjawabkan.

Di tanah ini, usahlah mencari sesuatu yg rugi
melimpah akan keburukan pada kebaikan
demi masa sesungguhnya kita yg rugi,
ibarat ais yg cair tanpa dipedulikan.

Di tanah ini, keharuman kasturi dan penglihatan
bercampur antara buta dan nampak
takkan terbiar sendirian di tanah ini
sungguh Dia terus tak mzalimi..

2.6.09

Silent

Bekaz bunga telor kecil memang cantik, memang comel dibungkus net yg menampakkan keceriaan pada pasu bunga. Diletakkan di atas meja komputer, menyerikan lagi meja kaca. Di kiri dan kanan laptop silver berlatar belakangkan skin pemain gitar dengan gambar bayangan hitam, menambahkan lagi minat untuk si penduduk terus menatap tiap2 ilmu yg bermunafaat di ruang tersebut.
Si penduduk menjadi gusar kerna kegoroncongan perut yg kian menjadi-jadi. melihat-lihat menu pada hantaran facebook membolehkan sesiapa yg melihat menjadi kenyang sebentar di alam hayalan. Tersenyum dengan ungkaian kata-kata, tersentak dengan gambar2, dan terbuai dengan ungkapan-ungkapan penenang jiwa.
Batukan kecil si penduduk, di sedut sisa toksin dalam-dalam tanda memikirkan sesuatu untuk pencarian akalnya sendiri.Mana boleh, ini tak boleh, fikiran jadi kusut. ternampakkan teman yang menenangkan sebentar. Terus berpegang dan usah dilepaskan kerna di hujung sana pasti mendapat jawapan.
Hari demi hari.. bekaz bunga pasu telor kecil semakin malap warnanya, berhabukkan tiupan angin, dan bakal digantikan dengan pasu kecil yg lain. Inilah nasib sang penduduk yg hanya berbicara namun tiada pergerakan, layu, tunduk, akur dan ini bukanlah jalan yg terbaik untuk terus bersujud tanda ketakwaan.
Suara-suara gemerlapan dari laptop di atas meja kaca, berhamparkan pasu-pasu bunga telor kecil melayani jiwa yg merungkam. cincin si penduduk menari-nari tanda taipan itu makin laju-makin kuat untuk teus melangkah. terhenti seketika... berpusing-pusing kembali untuk seketika dan terus rancak berlari-lari hingga ke garisn yg terakhir. Langkahkan kakimu si penduduk.

1.6.09

Ekor udang terpanggang Merah

Renungan sampai ke hujung ekor mata, tak nampak lagi.. kabur dan terkecil pd pandangan. Berlari lg ke hadapan, selangkah demi selangkah.. dia makin jaoh makin tk nampak.Dunia.. dunia....
Kaburan keindahan kau persembahkan buat anak bumi. kau lalaikan, kau tusuk dengan keriz tajam tepat dijantung mereka. kau tersenyum bangga pada sahabatmu si 'azazil. Kita hampir berjaya.
Bilamana tiba-tiba, jantung berdegup kencang. mentari tak nampak di timur, hujan tak henti menurun, Dunia dan teman-teman jd gusar. jadi terbeblalak dan jadi kecut! Tolongg tolong... kami diciptakan untuk ujian anak-anak Khalifah, tolong... tolong...

30.5.09

Tingkap kayu terbuka

Nota kecil untuk Najwa,
Tersenyum indah, manis berlari smbil mengangkat tgn tanda hurmat.
Baguz, terus semaikan dlm jiwamu secangkir perasaan yg haluz,
kau menghurmati dia Sang Khumaini, setiap hari kau tatapi potret yg kau tak kenali.

Erosimu diam, tenang walau ribot membelai,
kau menguji dirimu dengan perasaan gadismu.
Jiwamu tenang merembiskan airmata gembira gadis-gadis disekelilingmu,
kau tak memberontakkan, namun bila hatimu kabur kau bukakkan genggamanmu dan getapkan bibir halusmu tersenyum, kagum..

Bisikan sederhana buat Najwa,
hati merah bersalut doa kau tadahkan,
budi pekertimu mengingati budi pekerti org lain.
Kau tetap tersenyum, dan terus tersenyum..
Najwa.. kau akan bangun sekejap lagi..

Pimpinlah tangan kesayanganmu menuju jalan..
kau belai, kau bisikkan kalimat janji kita..
Kau penuhkan jiwa mereka dengan kalimah tertinggi..
tersenyum..? bila jiwa yg halus membuka pintu yg akan digapaimu..
Kau bisa...

Utusan untuk Najwa.. getapkan bibirmu.. kedipkan matamu.. dan renungkan dalam jiwamu.. Kau tahu di mana permulaan dan kau pasti melalui..untuk sekelian kalinya..

-papa

Pusingan kipas berdiri di Hujung penjuru

Sudah kesekelian lamanya pena-pena petak tidak menari diruangan yg terkadangkala boleh melepaskan kesengsaraan ini. Bila difikir kembali, masa-masa yg terluang dan idea tiba-tiba datang boleh menyingkap sesuatu yg sukar dimengertikan.
Dengan bertemankan secawan vico, dompet rukuk gulung ditepi, terpandang kiri dan kanan mencari-cari suatu suasana yg bisa membangkitkan idea-idea untuk dimunafaatkan. Diri terkadang rasa lesu untuk menyaingi fikiran-fikiran. Dalam keterpaksaan ingin membiasakan, maseh lagi tenang tanpa ada sekelumit bait-bait resah yg akan menggugat pola hati, perjuangan harus diteruskan. Walaupon dihadapan tak nampak, namun berada dilandasan yang betul, meyakinkan pasti akan bertemu juga pengharapan dan sebuah penantian tersebut.
Guru dan pelajaran adalah yg terbaik untuk dimunafaatkan. Terima kaseh yang mendengar suara hati dan mengajarkan. bagaimana seorang insan yang ingin menjadi dewasa dan bermatangkan keyakinan.Usah pandang jaoh, katanya, ambil dan berpegang serta mengamalkan pasti akhlak2 manusia sejati akan datang pabila kita mengurusi.Jiwa jadi tenang dengan anugerah-anugerah yg kita sendiri usahakan.
Seteguk air ingin turun ke kerongkong, perlahan terus bertali arus dengan usapan-usapan nafas yg menghembur. Pergerakan yg berseri, ungkapan yg lancar dan sentuhan tangan yg lembut bisa membahagiakan gelap malam untuk bertemu fajar di awal pertemuan.Sang mentari muncul sedikit demi sedikit tanda kagum akan amanat yg difikirkan. kami tak sanggop namun kami akan terus mendekatkan untuk sekujur tubuh yang bakal dimandikan, dan akan terus segar hingga segalanya bermula kembali. Itu janji kami.
Menahan diri, menaikkan aroma harum segar Haq yg diberikan. Inilah sebaik perhentian.Perhentian yg menukarkan kasturi dan sungai-sungai yg dialirkan.Bisa tersenyum jika tahu apa yg difikirkan dan al furqan akan sampai sekejap lagi bagi mendewasakan anak-anak yg mencari suatu ruang. Siapa yg bermula pasti terus berlari berdiri hingga sampai ke langit yg ketujuh. teruskan..

23.5.09

Puisiku Dibaca

Siulan kedamaian, namun serak utk d ertikan.
Ingin pergi lebih jaoh.. tp sampai mana?
Biar, biarkan ia berlalu...
namun semangat perjuangn bagai meronta-ronta meminta..
hunuskan pedang?

Lirikan mengungguli secebiz pena yg bertinta hitam
kaku, namun ingin terus mencoba..
Tapi.. sampai Mana?

Mana hujan yg menyakitkan?
mana air yg menghilangkan keperihan?
mana situasi dalam secawan kopi yg kosong?
mana? mana bisa....

Rentesan antologi dunia menyaksikan gemuroh berbibir,
berpayung pada sesuatu perasaan yg indah..
lupakan sebentar karenah dunia, renungkan kejatuhan dunia..
utk suatu pembahagi d antara dua jalan yg sakit.

Kiamatkan diri anda...

19.5.09

Kembara ayahbonda

Buat ayahbonda,
Utusan kaki yang melangkah,
Terima kaseh diucapkan.

pepagi menghantar mereka,
tersadong patah riok,
namun kau maseh tahan kerna kaseh sayg pada Sang Pemberi,
biar hujan, namun hari-harimu terus berlalu
kami jadi malu, kami jadi tak sampai,

berkata-kata ttg malaikat,
berkata2 ttg Adam,
kami makin malu...

Ayahbonda, kami ingin menjadimu,
mengajarkan setiap urutan alif, ba, ta untuk mencapai kitab mubin.
bertatih riang mengajarkan setiap sesuatu dari jerih payahmu.
Madinah menyambut anak-anak yg soleh,
impian.. namun kaki kecil dulu pasti mengikuti jejak langkahmu.
Tak tercapai pon.. maafkan mereka..

18.5.09

Mi Sedaap

Bicara anak-anak kecil merengek kelaparan.
namun tak tahu nak mengatakan, namun akur dengan perintah,
mengajarkan mereka untuk menunggang kuda dan seterusnya menjinakkan hati.
Panahan pasti menuju kesasaran, dan mereka terus memanah pada dinding sebuah rumah.
panah tersasar namun rahmat mengiringi, shafaat menanti.. untuk terus berenang di lautnya Noh as, mengejar bahtera kedamaian.. - nizam

Inspirasi Taming sari

Limpa merisik olahan jiwa yg tenang
Membisikkan sesuatu yg samar dan karuan
Bisa yg berbisa menongkah seraut erosi yg merongkah
lupakan kedamaian Duniawi insafkan sekeping Antologi

Bilamana Raksa membungkam apokalips diri
Jerih payah dilalui tanpa mengenal erti takut dan bertapak
Apa dan untuk Siapa semua ini,
Kala ambisi meruap menjadi sebutir intan yg Bercahaya

Wahai anak-anak akhirat,
Lupakan, lupakan duniamu
Kesamaran yg Terindah ada pada pandangan muhkammu
langkahkan kakimu, terus pergi dan biar Duniamu dibelakangmu.

Gunung ganang, sang Mentari tidak sanggop untuk itu
Kau sambot cabaran itu, Kau angkat anggotamu,
Para Hamba sujud tanda hormat akan tingkahmu,
Kau termulia di antara Sang Hamba yg Merdeka.. laungkanlah!

15.5.09

melentor Rebung

Mana boleh cikgu, cikgu suruh kami ketokketampi,
cikgu kata buat! buatlah kawan-kawan macam cerita labu labi,
cikgu senyeh tengok kami, kami jadi malu dengan budak-budak perempuan lalu lalang..
hehe, layan jo.. aduss.. dah tegang urat betiz..
kayuh lagi, slow-slow geng, kasi maintain macho.. aweq lalu.. hehe

Masok kelas kawan-kawan, sekejap lagi cikgu masok,
relexlah dulu.. makan nasi lemak dulu..jom!

Bila loceng rehat nak berbunyi, boring jugak cikgu ajar ikot buku,
kenapa aku boleh cikgu letak kat depan,
tengok kiri tengok kanan,
fuhh.. tengok blakang.. nampak jendela biru di luar..
kriiinnggg! rehat rehat.. letih bangat..

cikgu lukisan masok, peewitt.. cikgu lawa la arini, hehe
kami lukis sikit, lukis lagi, lukis lagi, dan.. lukis lagi...

cikgu bila nak balik? dah pukul satu suku,
cikgu terus buat-buat kemas buku,
minggu depan sambung lagi ye.. kata cikgu..
bangun... terima kaseh cikgu!!!

UNTUK SEMUA GURU DI DUNIA DAN AKHIRAT, ANDA SEMUA MENINGGALKAN ILMU-ILMU YANG BERMUNAFAAT UNTUK DIJADIKAN BEKALAN SEBAGAI PIMPISAN KALIAN DAN MENYELAMATKAN KALIAN. BERSYUKURLAH.... SELAMAT HARI GURU 2009!

Ampaian buloh kembali burok

Terkadang tak sabar, tak sabar.
terkadang keliru dan terkadang tak sadar.
terkadang menjerit, mengherdik bicara pada si pencinta.
terkadang lupa namun masih menyemai dengan kemarahan dan kaseh tuluz.
terkadang, terkadang.. sampai bila terkadang mengimbang ilmu?

Terlihat mata-mata kecil merenung mengharap.
terlihat telinga-telinga comel mendengar.
terlihat tangan-tangan comot membelai lembut.
terlihat kaki-kaki menapak menaiki tangga dengan bangganya.
terlihat, terlihat.. melihatlah dengan dua mata hati.

terungkap bicara irfan.
terungkap hembusan gemuroh.
terungkap bisikan keluli yang menebal.
terungkap sentuhan garisan mendukung dan menghumban guley,
terkadang,terungkap,telihat revolusi diri untuk suatu kebahagiaan insan baik.

Kepitan daun Nipah

Rokok Daun kupintal-pintal, kusisir daunnya untuk belahan jiwa. Tembakau Jawa harum bau garapan jemari yang kudung setengah jari anaknya. Kupintal makin kupintal, makin kurasa kedamaian menusuk untuk harapan terindah pada 3 bicara dan tiga wahyu-Nya.. Ilmu munafaat, sedeqah jareah dan putri putra tercinta.. semaikan dalam erosi.

14.5.09

Gerimis Zafaro'n

Limpah terkadang menjadi hangat dalam mencari siapa yang difikirkan.
Semangkuk kecil di dalam diri tidak bisa menampong kembara perjalanan namun pemberian tetapkan ada untuk secangkir ujian.
Mana hujan yang mengkuyupkan fikiran?
Bertawassul-lah untuk suatu ketenangan dan termakbul..
Kerak mengecut tanda cair pada Sang periok.
Ungkapan si Toman melegar-legar sisir untuk renungan sesuatu Salawat.
Berbisikkan tangga-tangga kecil liku demi liku bertatih sampai ke atas.
Rambut panjang mengurai tanda hati bergelojak, bergetar, menggigil kesejukan
dibias Fansuri.
Filsafat diri terungkap dengan hembusan si naga-naga Sari
Berdiri, bergolak, berpasak mungkinkan jatuh?
Terus berdiri! angkat Tanganmu... angkat Tanganmu...
Berdiri menopok dada melalui Titian Kedamaian yang terakhir untuk sekujur Roh yang dipinjamkan Sempurna..

Kemenangan! Kemenangan! Kemenangan!

di SISI-NYA....

13.5.09

Warkah Buat 'Azazil

Manusia paling sempurna, dan dipilih untuk disujudkan oleh para Malaikat dan 'Azazil. Di manakah kesempurnaan dan maqam tertinggi Adam dalam jiwa kita? Apakah DIA yang menentukan atau kita tidak menjaga kemuliaan tersebut? Kita dimuliakan kerna suatu amanat yang kita dipertanggungjawabkan, dan manusia sanggop menerima, dan agamalah pembimbing manusia.. bersama nikmat-nikmat yang tak terhitong kewujudan penciptaan dan gunung, langit menjadi pelayan manusia... Bila jiwa manusia kotor dan engkar, kembalilah manusia itu dalam jasad haiwan yang tak berakal namun menjadi ujian pada orang-orang baik! Bisakah manusia berlari?

12.5.09

Tangisan hidayah untuk jenazah

Jiwa-jiwa tak pernahkan terpinggir jika diasuh dengan kebaikan sedari bayi menuju pemikiran. Perjalanan begitu cetek jika dibandingkan perjanjian suatu waktu dulu. Perjanjian apakah itu? memelihara amanat? Kita diamanahkan amanat yang sama dan pasti kita akan disoalkan dengan pertanyaan mungkar dan nangkir seterusnya DIA bertanyakan tentang nikmat yang telah diberikan. Nikmat apakah? Nikmat yang telah dicabut atau kita yang tidak mahu akan nikmat tersebut. Inilah hasilnya perjalanan yang disuapkan dengan teka teki dan merangkak-rangkak sejak di darjah satu hingga bermisai dan berbulu... inilah.. inilah yang telah kita renteskan... inilah...

PERJALANAN YANG SALAH, DAN KITA PASTI MATI! TAKKAN HIDOP KEMBALI UNTUK MENANGISI PEMIKIRAN INI!

11.5.09

Lari teman lari.....

Buat teman seiring sejalan,
Lupakah pada kebun getah yang kita berlatih bermain tarzan?
Parit yang baru dikorek buldozer yang kita resmikan sehingga merah mata,
kebun Tok Siak yang kita tubuhkan pasukan topi daun getah untuk bermain perang,
dan padang bola futsal yang pertama di tapak rumah mak long con yang kita sepak akar duriannya hingga terkeluar kuku kaki?

Teman sealiran,
Mana surau usang yang kita jadikan port menghisap rokok?
Mana reban ayam yang kita main nyorok-nyorok?
mana perginya pohon cempedak yang kita panjat untuk menombak musuh yang datang untuk mengganggu lanun?
mana perdu nyior yang kita balut rokok daunnya bersama?

Teman selarian,
mana bukit bendera yang kita bersama belajar dewasa?
mana getah lastik yang kita pintalkan bersama?
mana perginya sarang murai batu yang kita ambil anaknya?

Teman...
kabarkan sesuatu untuk generasi yang mendatang..
kita mengenal alam melalui tunggul-tunggul kayu yang berlapikkan span hijau,
kita tidor beralaskan pelepah kelapa sawit,
kita menaiki bukit lata lesung untuk mencabut akar tongkat ali..
ingatlah teman...

10.5.09

Tahlil dan zikir

Banyak orang telah hilang akal apabila kenduri kahwin, ikut adat agama lain! malam joget lambak! fuhh

Kosong!

manusia yang hebat membaca dengan mengeja 'B' 'A' = ba 'C' 'A' = ca, dan teror hingga boleh baca peper jawi!

Merdekakan Aku (S.H.IBU)

Jiwa merdeka untuk bumi yang merdeka
Jiwa yang bersemi untuk matahari yang memancar
Jiwa merdeka juga untuk seorang yang bernama emak yang memerdekakan seorang anak untuk tujuan maksud ditanah gersang, Selamat hari ibu! mak...

7.5.09

Merah itu Saga

Merah kembali mewarnai namun cetusan kuning menghampiri..mana mungkin biru akan bersemi selagi hijau membayangi..

Pesan Klimaks

Lima hari lima malam rasa puas sebab boleh kenal antara kasih sayang dan cinta seorang papa kepada putrinya.. namun bila putri-putri mahu melebar sayap dan sekaligus cantik bermatakan pandangan hati, merenung ke dalam diri papa untuk erti ilmu, sedeqah dan anak-anak yg soleh?

4.5.09

Semalamz, Hari Ini dan esok

Mata mengantuk, tetapi tgn dan kakiku tetap berjalan menuju sebuah lobang..!!

Warkah pilu untaian Rindu

Kerinduan pada mata menahan segala keindahan kerna dalaman yang begitu keraz untuk seorang gadis yang baru menongkah arus( 9 Tahun). Hadapilah untuk suatu hari sayg...

Kalam Untuk Nurin n Najwa

Pegang jiwa dengan kaseh sayang, akan terlaherlah insan2 yang mengenang kaseh sayang tersebut.. 10 tahun lagi?

1.5.09

Garapan Minda Buat Asyraf

Udang d salut minyak bijan, melekat bau hingga ke syurga...

Karisma

Kerja baru datang lagi.. bersemi di antara erosi dan emosi.. melayan alam tnpa suara..

malam pertama

Malam pertama, adakah indah @ sebaliknya? fikirkan malam pertama anda diliang lahad!

Utusan buat Raja

Boneka, mencari-cari siapa yang tahu fikiranmu, namun belom kau hantukkan kerismu kau tak berani mencoba namun kadangkala kau berani namun disokong sesuatu.. perwiramu bergasak namun kau tetap dengan kedaulatanmu, biar terhempas bicara namun perahu yang kau pilih untuk kau teruskan perjalanan ke makam mulia. Belom sempat kau menjenguk ke daratan, tiba-tiba suara pekikan memujamu dan kau terus hanyut dalam perahu buatanmu. Kerana lembah-lembah ketenangan yang kau ikuti adalah suatu jalan hingga kau di takhta yang teratas. Daulat Tuanku keranamu kami turutkan dan kami mati.

Jurang ampolips

bunga angkasaraya oh bunga melor di kubor-kubor, tanah merah namun tanah bisa menggantikan air. peloh nadi antara hembusan nafas kota.. berhari-hari namun tak jumpa.. di desa sana tempat ketenanganmu, namun di mana kuburanmu?

Limpa

ada batu dalam kepala berdenyut tenang namun memikirkan.. mana mma?

Berjalan

pusingan kipas, menyejokkan penonton tv.. terjenguk2 antara dua tingkap memerhatikan awan yg kian redop namun bisa menjerit. samar cahaya pada celahan pokok kian suram, namun lampu pada tiang2 jalan tetap teguh menyala walaopon hanya utk malam seketika..

Hari Yang Panjang

Letih, tapi puas mengharungi...

Mata Merah

malas..namun hati suka

pagi siang dan malam

Tepat jam 7 malam, remang cahaya yang merangkak tak biasa berhenti.. apakah ini?

puteh

hingus meleleh, namun.. tetap menyapu tnda keredhaan semakin berkembang.
biar hingus meleleh.. seperti otak yg mengalirkan kesempurnaan pada suatu tujuan..
tarikan hingus meleleh.. tetap dikenangkan biar mati kawan atau mati perasaan..

Hati Pasti Mati

Liburan melangkah
Sauk melebar berhenti hasrat yang sejengkal
memimpin tanganku menjabat hatiku
bagai kehijauan di depan mata sudah dekat nan pasti.

Liburan melangkah
Sauk melebar terkonyong terkadang diuji
Namun tetap dalam ketenangan bersama kenangan semalam
Barakah keilmuan berbisik bersabar berlandaskan keujian..

Fikrah Manusia

Goreng telo... saper yang tak mampu goreng telo?

Perintah Berkurung!

semayg..

Peduli Apa Aku!

Tangan tak henti2 nak menulis blog, dengan idea terkini untuk sedikit saja luahan mententeramkan jiwa merdeka.. siapa setuju? aku setuju! - pakoz

Ciptaan Kenangan

Garapan minda mencetuz idea-idea yang tak terbiasakan meninggalkan ilmu-ilmu yang bermunafaat untuk suatu kehidupan yang tak bisa terlayari jika tiada hujjah yang kukuh. Bisakah berlari?

Silap Haribulan

Dulu kecil, sekarang dah besar sikit.. kena terus membelai.. dan dibelai...

Ikhlas Seumor Hidup

Mak kata air hijau kena campor air puteh, kenapa mak takut?

Bisikan Erosi

Man Are Romantic Loving Becoz of Romance Only- MARLBORO.. Rokok Zionis jugak!

Tunggul Kayu

Ikan toman mmg ske terkejuit kalau kita mao pegang dia dari atas dalam akuarium!

Lentera Hati

Selamat Hari pekerja untuk semua yang bekerja... dan yang lama dah tak bekerja juga. Boleh ucap selamat hari pekerja sama Malaekat dan Syaitan tak? gulp.

Jiwa Luka

Mari makan ketupat.. tapi rasa tak lalu..pulak... ada senak dalam erosi!

Tidor Yang Panjang

Cahaya matahari masok perlahan2 menerangi..jendela..

Halaman Imaginasi Buat Wanita

balik2 benda yang sama kita lalui, tak berubah.. namun aku teringat, Tuhan tak ubah naseb seseorang....

Powered By Blogger