Pages

Powered By Blogger

26.3.14

CATATAN TANPA SUARA



Damainya alam semesta ini
Bagi mereka yang mencintai dan menyayangi
Di sini kita amat kerdil
Untuk kita saling menyakiti...

Apapon alasannya..
Kita sebenarnya sama...
Dilahirkan dan dibunuh fahaman luar
Otak dicuci dan kaki diikat selamanya....

Dimana laungan kebebasan berfikir?
Dan lebih besar lagi pertanyaan jika boleh bertanya..
Di mana Tuhan Kau bersembunyi...
Membuatkan ramai insan meneka dalam kesamaran
Dan golongan pengganas menguasai pemikiranmu...

Hikayat terus berlangsung
Dan aku tidak tahu apa yang mereka laungkan
Karena bagiku Engkau adalah SESUATU
Yang amat misteri dan kau bukanlah apa yang mereka pakaikan..


#SERAUT WAJAH MISTERI TUHAN



PERANGKAP YANG MENYAKITKAN

Kita tak mampu bersuara
Karena suara kita tersekat
di dalam kabut manusia bertopeng
Yang hanya mampu menyalahkan
dan mengkafirkan...

Kita takkan boleh bersuara
Karena sudah berkurun lamanya
Dokrin kesempitan pemikiran
Dialunkan mengikut zaman
Dan hanya manusia yang hanya mahukan
Kebebsan sahaja yang akan keluar dari semua ini.

Itulah, apa yang telah kita lalui,
Dan selamanya mungkin kita akan lalui
Walaupon hakikatnya terkeluar dari diri sendiri
Kita terus terperangkap dalam diri sendiri...

#Lepas gaduh dengan bini

23.3.14

SUARA HATI SEBUAH ILUSI

kugarapkan sebuah puisi
Untuk diri yang tidak pernah mengerti
Agar dia terus bersemadi
Bersama janji yang telah dipatri

Sampaikan salam rindu ini
Bagaikan secangkir kasih yang tidak akan pernah terjadi
Biar bicara ini terhempas di dasar sana sebagai memori
Inilah kehidupan jiwa yang tidak pernah puas mencintai

co/

Selamilah hati ini
Wahai kekasih yang tidak pernah mengerti
Siapa yang akan memenuhi janji kini
Antara aku, dia dan juga cinta suci

Beraraklah mega hitam di sini
Mencari makna diri yang semakin pudar di telan bumi...

-pakoz 2014

AKU BUKAN SESIAPA



Sebatang rokok ku elus, ku hembus asapnya..
Berbaur toksid dan haruman tembakau
Bercampur menjadi sebuah idea
yang akan menjahanamkan jantung dan memberikan
inspirasi buat minda...

Aku harus memilih antara sedutan
dan angin yang menghembus
dan aku harus memilih di antara kesakitan
Dan juga keperitan...

Sama namun berlainan tujuan...
Dahulu aku mengatakan itu aku
Namun kini aku bukanlah sesiapa...
Dan hembusan itu juga bukanlah apa-apa
Sekadar pelengkap kehidupan
Demi menggapai beberapa matlamat kehidupan...

Aku masih terpaku di sini..
Bersama pena dan secangkir kopi yang mengharumkan..
ketika mana aku hendak pergi...
Sebatang rokok lagi kukepilkan di jari ini...
Itulah aku yang tidak akan menjadi sesiapa pon...

#TEKAK KERING

MELIHAT DUNIA KINI



Melihat dunia kini
Aku nampak segala kelemahan
Aku berdiri di sebelah kesesatan
Dan aku nampak kau di sana
Berpura-pura dengan pakaian cinta
Kononnya, kau yang terbaik di muka bumi ini
Namun hakikatnya kaulah segala kejahatan
yang kalian tempikkan...

Melihat dunia kini,
Aku berlari ke sana- ke sini
mengejar mana yang sudah lama ku tinggalkan
Bukan mudah menjejak semula
Asalnya kehidupan yang murni
Namun akhirnya menjadi terperangkap
Di dalam sebuah memori yang terpencil

Melihat dunia kini,
Hijau, merah, biru warna pelangi
Yang tercipta menjadi teka-teki
dan segala warna kehidupan
Kau katakan milik hanya seorang
Namun.. bagiku kita semua bukanlah apa-apa
sekadar debu di padang pasir yang luas...
Dan kita semua sama di alam semesta ini

#SEBELOM MATA TERPEJAM 04: 19AM

AKU TERUS MENCUBA

[WAHAI SUARA] Lihat di hujung sana Terlihat antara hembusan dan siulan. Kau merintih tenang dalam bayangku.antara diriku dan dirimu Kau agung... Kisah tercipta bukan dicipta mengorak mega suatu titik, pilihan antara Cinta dan Cahaya, menerangi kiasan perasaan, oh! insan yang menangis lama.. Jangan Kau bersujud namun ratapilah dirimu,bagaimana emosi dan erosi selamilah dan galurkanlahh..... co/ mana dia yang kau cari.. mana dia yg kau mimpi mana dia bisikannya.. mana dia mana dia.... bertadahlah wahai diri hunuskanlah cinta ini lafazkanlah janji patri mana dia mana dia.... Berlarilah jangan sampai kau undur, berpeganglah pada tali, teruskanlah kisah ini, teruskanlah wahai hati.. kita akan sampai akhir nanti... - pakoz *INI SEBENARNYA LIRIK LAGU YG AKU PERNAH ANTAR KAT SALAH SEORANG MEMBER AKU YG PRODUCE LAGU, TAPI REJECT SEBAB TAK SESUAI DENGAN GENRE MUZIK KUMPULAN DEPA YAKNI DANCE MUZIC. HAHAHA...

Powered By Blogger