Hari demi hari aku
mula faham apa makna sebenarnya kehidupan
Syukur tak terhingga,
pada yang tiada permulaan dan tiada pengakhiran
Mega lembut terus memimpin tanganku
menuju Dia yang berpaksi pada akal dan ilmu
Dan ketika itu baruku menyedari
bahawa sememangnya aku dihidupkan untuk terus hidup selamanya.
Setiap detik dan saat aku terus tersungkur
menyembah bumi tanda sebuah kesempurnaan
Yang aku cari dahulunya hanyalah sebuah fatamorgana
Dan keindahan serta cahaya itu
terus bersinar walau awan mendung menyelubungi
Untuk sebuah kehidupan.
Wahai ibu dan ayah
Saksikanlah anakmu kini
mula taat dan patuh pada setiap suruhanmu
Terus belajar memperbaiki segala kekurangan
untuk menjadi seorang manusia sempurna
Itulah anugerah serta karamah
yang telah diwahyukan dalam diri anak kecilmu ini.
Aku bersyukur dan berterima kasih buat semua insan
Yang sudi memahami situasi dan tidak membunuhku
Dikala aku tersesat dalam sebuah pencarian.
Inilah aku yang bergelar hamba
08 MARCH 2012 9.45PM