Pages

Powered By Blogger

21.9.12

BERFIKIR TENTANG TUHAN

Kita semua sama sahaja
Dilahirkan dan akan menemui kunci kehidupan
yakni kematian.
Apa yang tidak sama adalah, ketakwaan.

Kita diajar tentang ketuhanan
bagaimana harus berfikir tentang Tuhan.
Dan dari hari ke hari kita makin pandai berfikir
Oleh pengalaman kehidupan yang dihidangkan.

Siapa tahu kita boleh sampai ke suatu tangga
yang akan menghubungkan kita
dengan pembawa maksud kehidupan
Apa yang penting berlatihlah membuat kebaikan
demi kebaikan hingga sampai tingkatan keikhlasan

Seharian berpusing-pusing
Di dalam sebuah pemikiran.
Siapa sahaja, tak kira anak, bapa dan juga saudara
terus membuat pelbagai andaian dalam teka-teki Tuhan.

Berpeganglah kepada ilmu-ilmu tentang Ketuhanan
yang tidak akan membawamu kepada sebuah jalan kesesatan
Bilamana bintang adalah sang penyelamat
kenapa tidak berfikir kenapa bintang dijadikan?

Terus berjalan di bumi ini wahai teman
karena kita akan terus menyelusurinya jua
di sini dan juga di sana.
karena hidup ini adalah suatu anugerah yang tak terhingga..
Layarkan mindamu bersama alam.

#5 MINIT SEBELUM PERGI MENIAGA


Powered By Blogger